Wednesday, 30 March 2016

DAKWAH SECARA KAUNSELING


Kauseling juga sebahagian daripada dakwah.  Kauseling adalah nasihat dan perbincangan membincangan sesatu perkara untuk mencari kebaikan dan mencegah perkara buruk. 

Guru diajar mengenai teknik kauseling bagi membantu pelajar.  Pendekatan kauseling amat berkesan bukan saja membantu pelajar yang bermasalah, bahkan sesiapa saja boleh mendapatkan khidmat kauseling untuk mencari sesatu penyelesai ke arah kebaikan. 

Melalui keauseling, guru dapat menyampai perkara baik dan berusaha menghalang perkara buruk.  Inilah yang dikatakan sebahagian daripada dakwah.  Maka itu, guru perlu mempraktikkan kaedah kauseling ini untuk melakukan dakwah kepada pelajar. 

Paling ketara sekarang ini ialah perlunya guru memberi kauseling kepada pelajar yang mempunyai masalah disiplin dan moral.   Golongan ini jika tidak dibimbing ke arah jalan yang benar akan menjadi virus kepada pelajar lain.  Mereka akan mempengaruhi pelajar lain agar turut melakukan perbuatan buruk itu. 

Tugas kauseling ini bukan saja tanggungjawab guru kauseling, bahkan perlu dilakukan oleh semua guru.  Setiap guru perlu mengambil tanggungjawab ini sebagai pendakwah yang sentiasa memantau pergerakan pelajar dan bersedia memberi kauseling atau nasihat secara langsung kepada setiap pelajarnya.  Dalam kes yang sukar untuk diselesaikan dan memerlukan kepakaran khusus, baru kes itu dirujuk kepada guru kauseling.

Slogan kepimpinan melalui tauladan adalah tepat untuk diamalkan dalam tugas dakwah.  Kita sedia maklum, dalam tugas dakwah Rasulullah SAW, antara faktor kejayaan ialah kepimpinan yang ditunjukkan oleh baginda. 

Kepimpinan yang baik mampu membawa organsasi atau orang yang dipimpin melakukan seperti yang ditetapkan atau diharapkan.  Jadi, guru sebagai insan yang mulia dan dihormati tentu sekali akan sentiasa didengari dan dipatuhi apa yang diucapkan. 

Di sini guru memainkan peranan kepimpinan yang penting untuk mengajak orang lain lain melakukan perkara baik dan menjauhkan perkara merugikan.  Inilah salah satu kaedah dakwah yang kerap kali dilupai sehingga orang tidak menganggap pemimpin sebagai pendakwah.

Manakala pemimpin sendiri tidak merasakan dirinya sebagai pendakwah.  Aspek ini perlu diperkasakan sebagai salah satu kaedah dakwah yang boleh diamalkan oleh guru.  Guru adalah pemimpin kepada murid.  Maka guru juga adalah pendakwah.


No comments:

Post a Comment